Sertai komuniti KUYPJ untuk kemasukan
Sama ada anda menyasarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda atau Diploma, portal permohonan kami yang mudah dan pantas sedia membantu anda memulakan langkah dalam beberapa minit sahaja.
Sertai komuniti KUYPJ untuk kemasukan
Sama ada anda menyasarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda atau Diploma, portal permohonan kami yang mudah dan pantas sedia membantu anda memulakan langkah dalam beberapa minit sahaja.
Untuk pemohon dengan kelayakan SPM atau setaraf.
Khusus buat lulusan Sijil Vokasional Malaysia.
Untuk pemohon bukan warganegara Malaysia dan pelajar antarabangsa.
Untuk lulusan Diploma, STPM, Matrikulasi, atau kelayakan setaraf.
Sekolah Pengurusan dan Sains Sosial (SPSS) Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) menawarkan pelbagai program diploma dan ijazah dalam bidang pengurusan, perakaunan dan pendidikan yang direka selaras dengan kehendak serta keperluan industri semasa.
SPSS komited melahirkan graduan yang berpengetahuan, beretika dan berdaya saing dengan memberi penekanan terhadap kemahiran praktikal, pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar serta pembangunan sahsiah dan kepimpinan pelajar.
Graduan SPSS telah berjaya menempatkan diri dalam pelbagai sektor termasuk sumber manusia, perbankan, firma perakaunan dan audit. Ramai juga yang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, membuktikan kualiti serta kebolehpasaran program yang ditawarkan.
(Pengambilan Khas: Februari – Mac 2026 sahaja | Tarikh Tutup Pendaftaran: 20 April 2026)
Sekolah Kejuruteraan dan Sains Kreatif (SKSK) menawarkan program pengajian yang menggabungkan elemen teknikal, inovasi dan kreativiti sejajar dengan keperluan industri masa kini. Kami komited untuk melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia profesional melalui pendekatan pembelajaran berasaskan amali dan projek industri sebenar.
Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan (SHP) di Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) menawarkan pendidikan berteraskan kemahiran praktikal dan pengetahuan industri bagi melahirkan tenaga kerja profesional dalam sektor hospitaliti, kulinari dan perkhidmatan makanan. Program-program kami direka selaras dengan kehendak pasaran kerja serta memberi penekanan kepada latihan amali, standard perkhidmatan antarabangsa, dan pembangunan sahsiah pelajar.sentiasa mendapat tarikan daripada pelajar–pelajar yang meminati pengkhususan dalam industri hospitaliti seperti pengurusan hotel, seni kulinari dan pengurusan perkhidmatan makanan.
Ramai graduan sekolah ini mudah mendapat pekerjaan dalam bidang berkaitan seperti di hotel, pusat peranginan dan restoran di dalam mahupun luar negara. Terdapat juga graduan yang berjaya mengusahakan perniagaan sendiri seperti restoran, kedai kek dan katering.
Pilih kaedah paling mudah untuk menghubungi kami, memohon, atau mendapatkan jawapan bagi sebarang pertanyaan daripada pasukan kami hari ini.
016-238 5645
016-777 7227
013-740 4860
018-767 4977
018-786 2015
013-624 9377
014-314 8484
017-716 1194
013-733 8104
Pilih laluan pantas menuju masa hadapan anda. Sekiranya anda telah memilih program pengajian, hantarkan permohonan anda dengan selamat melalui portal kami.
Perlukan bantuan segera atau maklumat lanjut mengenai yuran dan syarat kemasukan? Pasukan kemasukan kami sentiasa bersedia membantu anda menerusi mesej.
Mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program pengajian, tawaran biasiswa, atau proses permohonan kami?
Barisan kaunselor dan staf kami yang berdedikasi sentiasa bersedia membimbing anda. Sama ada anda memilih untuk hadir secara bersemuka, membuat panggilan telefon, atau menghantar pertanyaan secara dalam talian, kami komited memberikan sokongan penuh yang anda perlukan.